KOTA KINABALU: Sabah FC tidak akan mengambil mudah cabaran daripada Macarthur FC dalam aksi Separuh Akhir Peringkat Zon Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) di Stadium Campbelltown, Sydney, Australia, esok.
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee menyedari cabaran menggerunkan daripada Macarthur yang masih belum pernah tewas dalam tujuh perperlawanan di Liga-A.
"Kami tidak ada perlawanan sehingga esok sementara Macarthur sudah mengharungi lapan perlawanan dengan memenangi tujuh perlawanan sememangnya mereka sangat cergas untuk perlawanan esok. Saya fikir Macarthur mempunyai banyak kelebihan kerana mereka bermain di liga ini secara tetap.
Tetapi kami mempunyai kebanyakan daripada pemain utama untuk memastikan kami beraksi dengan baik," beliau berkata dalam sidang media praperlawanan di Stadium Sukan Campbelltown, hari ini.
Rakaman video sidang akhbar itu diperoleh Bernama di sini hari ini.
Kali terakhir Skuad Badak beraksi ialah dalam perlawanan Liga Super Malaysia pada 17 Dis tahun lepas menentang Kedah Darul Aman di Stadium Likas di sini.
Sabah memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-0 dan menamatkan aksi di liga berkenaan di tempat ketiga dengan 54 mata.
Ketika ditanya mengenai persiapan Sabah, Kim Swee berkata persiapan dan latihan pasukan itu berjalan seperti yang dirancangkan.
"Kami tiba beberapa hari lepas dan semua berjalan seperti dirancangkan. Kami juga memerhatikan pemain dan pasukan Macarthur sudah tentu esok perlawanan yang penting tetapi ia boleh berubah dalam perlawanan dan kami akan melakukan persediaan," katanya.
Pada sidang akhbar sama, pemain tengah Sabah Telmo Castanheira menzahirkan keyakinan penuh bahawa pasukan ini akan beraksi dengan baik bukan hanya mewakili Sabah tetapi juga Malaysia..
"Kami memiliki sebuah pasukan yang hebat dan beraksi dengan hebat dalam liga tahun lepas, kami mahu datang ke sini dan mempamerkan kualiti kami esok. Adalah penting bagi kami beraksi dengan baik untuk Sabah dan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Ong Kim Swee menyedari cabaran menggerunkan daripada Macarthur yang masih belum pernah tewas dalam tujuh perperlawanan di Liga-A. - Gambar fail
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Berdepan masalah jantung, Uyaina Arshad pilih bersalin secara pembedahan
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Pengurusan jenazah suspek serangan balai polis tidak boleh dilakukan di masjid, surau
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor putuskan pengurusan jenazah suspek insiden serangan balai polis Ulu Tiram dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
Piala AFC: Sabah FC tewas di laman sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan H
Keputusan itu tidak mengubah kedudukan Sabah di takhta kumpulan H dengan meraih 12 mata hasil empat kemenangan serta tewas dua kali.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Piala AFC: Sabah FC sahkan slot pusingan kalah mati
Tuan rumah memberikan gol pendahuluan buat Sabah selepas hantaran leret Daniel Ting ke dalam kawasan kotak penalti tertampan kaki Naoki Kuriyama.
Ketiadaan tonggak pertahanan utama punca tewas - Ketua Jurulatih TFC
Steinbruckner menyifatkan ketiadaan empat tonggak pertahanan utama menjadi punca Terengganu FC (TFC) tewas 0-4 di tangan Sabah FC.
Sabah benam Hai Phong, rampas takhta kumpulan H
Skuad bimbingan Ong Kim Swee bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak dekat Daniel Ting pada minit ke-19.